Followers

26 May 2012

Bercintalah dengan baik.

Saat hati ini berkata, kau lah yang akan menjadi terakhir dihati ini aku tahu, saat itu juga engkaulah segalanya bagiku, tetapi hari ini hati aku merasa amat sukar untuk menerima kesalahan kau. Ramai yang tak tahu erti di sebalik kesetiaan dalam berpasangan, mungkin ada yang cakap buat apa nak setia dia belum tentu jodoh kita, buat apa nak kesah pasangan kita melakukan kesalahan, buat apa nak fikir lagi pasangan kita ada masa depan ke tak? Sebenarnya kita kena fikir semua tu, kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini kerana kita telah menerima pasangan kita untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita bersetuju untuk jadikan dia kekasih kita.Alangkah sedihnya apabila hati yang kita perlu jaga kita tak tunaikan. tidakkah sama dengan penipuan??? jgn taburkan janji jika kita tidak mampu utk tepati dan jgn cakap cinta kalau kita tak mampu utk memberikannya sepenuh hati. Satu hati pun kita tak dapat nak menjaganya dengan baik hinakah kita? ingatlah bahawa hdup ini spt roda, kita x slamanya di atas, jika kita permainkan hati org lain, suatu hari nanti org akan mainkan hati kita. Setiap apa yg kita lakukan di dunia nih pasti ada balasannya, hanya masa yg dapat menentukan.


untuk org yg menjaga kesetiaan terhadap pasangan, kamu adalah yg terbaik. Jadilah insan yang dapat membahagiakan pasangan tnpa rasa jemu. Jika kamu dicurangi, janganlah bersedih @ berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik kerana kamu mempunyai harga diri, jangan samakan diri kamu dgn insan yg tak setia. Mereka yg tidak setia adalah mereka yang tidak pndai menjaga harga diri sebab diri mereka senang terpengaruh. Suatu hari nnti mereka akan menyesal dan menyedari akan kebaikan yg kamu lakukan..
Lelaki/wanita yang baik hnya untuk lelaki/wanita yang baik, manakala lelaki/wanita yang tdk baik hnya untuk lelaki/wanita yang tdk baik. So, jadilah yang baik untuk dapat yang terbaik!



No comments: